18/11/09
Kecantikan Rasulullah s.a.w. sebagai Insan Teragung
Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.
Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fisikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi Muhammad s.a.w. yang mempunyai bentuk badan yang indah, namun tidak dapat digambarkan oleh pelukis potret di dunia ini. Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh siapa saja. Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in.
Begitu indahnya sifat fisikal Baginda, sehingga seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.
Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda s.a.w. :
Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.
Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.
Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah s.a.w. jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.
Rasulullah s.a.w. seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah s.a.w.
Apabila Rasulullah s.a.w. berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.
Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona
Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat
Wajahnya seperti bulan purnama
Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang
Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
Mulut baginda sederhana luas dan cantik
Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya
Janggutnya penuh dan tebal menawan
Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya
Rambutnya sedikit ikal
Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi
Rambutnya terbelah di tengah
Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat
Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa
Seimbang antara kedua bahunya
Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik
Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis maupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah s.a.w.
Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan
Warna kulitnya putih tapi sehat
Kulitnya putih lagi bercahaya
Binaan badannya sempurna, tulang-tulangnya besar dan kukuh
Badannya tidak gemuk
Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak
Perutnya tidak buncit
Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka
Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah s.a.w.
Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda s.a.w., makhluk terpuji dan teragung di muka bumi. Kesimpulannya Nabi Muhammad s.a.w. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Moral & Iktibar
Nabi Muhammad s.a.w. adalah manusia terbaik pilihan Allah.
Sifatnya yang terpuji merangkumi aspek fisikal dan rohani.
Atas sifatnya yang superior inilah baginda dilantik menjadi pemimpin seluruh manusia di dunia ini.
Baginda adalah manusia mithali yang serba lengkap dan serba kamil dan layaklah baginda tidak disentuh sebarang dosa lagi bersifat dengan maksum.
Kepimpinan Baginda sepatutnya menjadi contoh teladan kepada semua manusia di muka bumi ini. Barangsiapa mentaati Allah tanpa mengakui kerasulan Nabi s.a.w., niscaya Allah tidak menerima keimanannya.
01/11/09
Cara mudah menumbuhkan jenggot & kumis
Kumis dan jenggot kan tumbuhnya lama banget.. tapi kalo di photoshop cuman 5 menit lho numbuhin jenggot.. Coba deh ..
pertama buka photo yang mau dijenggotin... (lagi-lagi ini foto anaknya yang nulis srtikel, buknnya ga kreatif, tp ini kan udah siap posting jd biar lebih cepet aja, hehe,,, )
Setelah itu klik brush tool atau tekan tombol B , lalu klik windows brushes atau tekan F5.
DI Brushes windows setting seperti dibawah :
Master Diameter nya sesuaikan dengan gambar aja.. soalnya, mungkin kamu pake gambar yang resolusi atau ukurannya gede.. maka si master diameternya juga harus gede.. nanti coba2 aja yaa..
Klik shape dinamics di brushes palette , setting seperti dibawah :
diteruskan dengan Scattering , setting seperti dibawah :
Terakhir setting Color dynamics seperti dibawah :
Jangan lupa, sesuaikan warna brushes dengan rambut kepala, supaya bener-bener mirip :
Klik eye drop tool terus klik foreground color klik di rambutnya.. trus klik background color, klik lagi rambut nya..
Setelah beres semua… sekarang buat new layer untuk ngelukis jenggotnya..
Klik brush tool lagi.. lalu lukis jenggot dan kumis pada tempatnya … ya iya lah !
Hasilnya :
Bagus banget nih buat penyamaran… :D cobain yaa..
Artikel Membuat Kumis & Jenggot dengan Photoshop ini dipersembahkan oleh Tutorial Photoshop Gratis. Kunjungi Wallpaper, Font, Desktop Theme Gratis Pokoknya Serba Gratis. Baca Juga Kenali dan Kunjungi Objek Wisata di Pandeglang, untuk mengetahui lebih jauh tentang Pandeglang sebagai Objek Wisata yang patut diperhitungkan karena keindahannya.
Membuat Tatto dengan Photoshop
Pesan Sponsor : Stop Dreaming Start Action … hehehe
Di tatoo pastinya sakit banget yaa.. hmm.. gak tau juga deng.. wong saya gak pernah.. tapi kalo pake photoshop ditatoo itu gak sakit sama sekali meski di tatoo di bagian ehem.. hehehe.. ( di mata -red) . Cara nya gampang banget lagi…
Buka gambar yang mau di Tatoo in .. ini foto anaknya yang nulis artikel ini
Buka juga gambar Model Tatoo nya :
Kalo mau pake Tinggal di klik kanan trus save image as .. formatnya udah PNG .. jadi nanti pas dibuka udah bentuk transparan.
Drag Gambar naga tadi ke gambar Foto.. Otomatis nanti akan terbentuk layer baru
Simpan di bagian tubuh yang mau ditato-in.. Digeser, diputer terus di resize..
Di layer 1 , Ganti Layer Option menjadi COLOR.
Klik kanan layer 1 , klik Blending Option ( kalo mau cepet Klik 2x layer 1 )
Setting seperti dibawah
Warna terserah aja yaa.. gak usah terpaku sama Hitam .
Klik Ok..
Lalu ubah Opacity layer1 menjadi 50%.
Kalo mau nambah tatoo.. tinggal Klik kanan di layer > Copy layer Style.. kalo ada gambar tatoo baru.. tinggal klik kanan > Paste layer style.
Tapi kalo mau pake gambar tatoo yang sama tinggal duplikat aja dengan cara Drag sambil tekan Tombol ALT.
Simpen ditempat yang mau ditatoo in.
Hasilnya :
Selamat mencoba..
Artikel Membuat “Real” Tatoo ini dipersembahkan oleh Tutorial Photoshop Gratis. Kunjungi Wallpaper, Font, Desktop Theme Gratis Pokoknya Serba Gratis. Baca Juga Kenali dan Kunjungi Objek Wisata di Pandeglang, untuk mengetahui lebih jauh tentang Pandeglang sebagai Objek Wisata yang patut diperhitungkan karena keindahannya.